Sunday 20 May 2012
Wednesday 16 May 2012
‘ Strive For A Perfect Vision"
‘ Strive For A Perfect
Vision"
Fokus adalah satu perkara terpenting dalam usaha kearah
Kejayaan yang diidamkan .
Fokus ialah satu pusat atau titik tumpuan
dalam menentukan Kejelasan Sesebuah Idea serta lebih menekankan ketetapan berbanding kelajuan . Secara
langsung ,focus akan menumpukan seluruh perhatian pada sesuatu serta mengabaikan yang lain . Yang pasti ia adalah kunci utama untuk meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan dalam pembelajaran menuju matlamat Bisness .
LANGKAH – LANGKAH
UNTUK KEKAL FOKUS !!!
1.
Menetapkan Matlamat
dan mencatatkan Kemajuan serta Perkembangan Anda .
·
Matlamat merupakan
satu Kompas yang menunjukkan jalan dalam kehidupan anda. Matlamat juga
menunjukkan anda seorang yang focus dan tidak berputus asa. Kejayaan dalam Bisness memerlukan matlamat , kerana tanpa matlamat
tidak akan ada usaha. Tanpa matlamat tidak akan wujud cabaran .
·
Anda harus mencatatkan
setiap matlamat Bisness yang ingin di
capai dalam tempoh tertentu dan focus
pada matlamat- matlamat tersebut .
·
Matlamat- matlamat Bisness
yang ditetapkan haruslah jelas dan sempurna , mempunyai tempoh masa yang jelas
mencabar dan boleh dicapai .
·
Di sepanjang perjalanan untuk mencapai Matlamat Bisness tersebut
, setiap langkah Positif yang diambil haruslah dicatatkan tidak kira betapa kecil pun langkah tersebut.
Iaitu sebagai peringatan bahawa diri anda sedang Maju .
·
Matlamat yang telah
ditetapkan haruslah diperiksa , dirancang dan dilaksanakan . matlamat yang
telah di rancang tanpa tindakan adalah sia-sia sahaja .
2.
Merancang Untuk
Bertindak .
·
Untuk mencapai
matlamat dan Fokus pada objektif Bisness yang telah ditetapkan Anda harus
merangka satu pelan tindakan .Catatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
mencapai apa yang diinginkan .
·
Sepanjang perjalanan
kearah mencapai matlamat Bisness anda ,
Strategi dan Langkah yang dirancang sebelumnya mungkin akan berubah .Oleh itu
tetapkan matlamat dan fleksibel dengan strategi
anda .
·
Apabila anda menghadapi
masalah dan halangan , jangan putus asa . Teruskan dan kekal Fokus .Kuasanya memang mengagumkan .
3.
Menentukan Keutamaan
bagi Perkara / Tugasan yang perlu Dilakukan .
·
Lakarkan jadual waktu
anda dan ketahui perkara –perkara yang perlu diselesaikan mengikut keutamaan dalam
Bisness anda .Dengan mengutamakan
tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera ,ia membolehkan kerja anda
diselesaikan tepat pada masanya , manakala tugasan penting membolehkan anda
memaksimunkan manfaat yang diterima .
·
Seseorang yang member
Fokus pada sesuatu yang utama bermaksud dia mencari situasi terbaik bagi menghasilkan
produktiviti secara optimum .
·
Sesetengan perkara dalam
Bisness adalah lebih penting manakala pula perlu diselesaikan dengan kadar
segera berbanding perkara lain .
4.
Hapuskan Segala
Gangguan Luar dan Dalam .
·
Gangguan yang boleh
menyebabkan anda hilang tumpuan dalam
Bisness adalah terdiri dari
factor-faktor dalaman dan luaran diri anda sendiri .
·
Sekiranya anda ingin
memberi tumpuan untuk mencapai matlamat
dan impian Bisness anda , anda
perlu menghapuskan kesemua gangguan yang
akan melambatkan proses dan perjalanan anda .
5.
Mengekalkan Badan
dalam Keadaan yang Baik .
·
Keadaan badan anda
berkait rapat dengan keupayaan Fokus
anda . Anda memerlukan nutrient , masa rehat dan masa tidur yang mencukupi
untuk membolehkan anda Fokus pada sesuatu Bisness yang sedang anda lakukan .
·
Anda harus memberi
ruang masa kepada diri untuk berehat serta menyegarkan minda . Pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk merehatkan badan dan minda. Alam Samula jadi dapat menenangkan fikiran dan menyegarkan
minda anda .
·
Sekiranya anda tidak cukup rehat akan Nampak letih dan
tidak bersemangat , seterusnya mempengaruhi prestasi Bisness anda .Pastikan juga anda mengambil kuantiti
air Bio Aura yang mencukupi setiap hari .
6.Mengubah Minda dan Menjadikan Bisness anda menyeronokkan .
·
Adalah sukar untuk
memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang anda tidak minat .Namun anda harus
sedar bahawa anda boleh mengawal dan mengubah persepsi Bisness anda .
·
Anda harus Fokus pada
potensi diri ,percaya kepada kebolehan diri dan keputusan yang telah dibuat ,
bukannya Fokus pada had dan batasan .
·
Sebagai seorang
Bisnessman yang Berjaya , anda haruslah sentiasa berfikiran positif dan yakin pada diri anda .Apabila
menghadapi halangan dan dugaan jangan berputus asa dan teruskan sahaja dengan
apa yang telah dirancang sebelum ini .
·
Dalam setiap situasi
yang berlaku , fikirkan perkara-perkara yang positif kerana dengan ini anda
dapat melihat ruang dan kemungkinan untuk memperbaiki dan menyelamatkan situasi tersebut tetap ada .Bukannya bimbang dengan bencana
yang tidak mungkin berlaku .
7.Bergaul Dengan mereka yang Mempunyai Matlamat yang Sama .
·
Kawan , Pasangan dan
Ahli Keluarga anda mungkin tidak mempunyai
matlamat yang sama dengan anda dalam Bisness .Sekiranya anda bergaul dengan mereka yang mempunyai matlamat ,anda pasti akan cuba
bekerjasama ,berusaha serta saling
mendorong untuk mencapai matlamat Bisness anda .
·
Gerak Kerja Bisness
secara berkumpulan ( Networking ) membolehkan anda berkongsi maklumat , pendapat dan cadangan bersama rakan sekumpulan anda .Ini seterusnya
dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat dalam Bisness serta meningkatkan keupayaan serta prestasi team anda .
Kesimpulan !!!!
Ø Dalam berbisness ini terdapat banyak masalah dan halangan yang perlu anda atasi .Namun anda tidak
sepatutnya melihat masalah dan
halangan tersebut sebagai satu
pengalaman yang negative . Ada kalanya
masalah dan halangan yang dianggap
negative itu merupakan pengalaman yang paling berguna dan mampu dijadikan iktibar dalam kita berbisness .
Ø Tiada Kejayaan yang tidak boleh dicapai
jika anda benar-benar mahukannya. Bagaimanakah caranya bukanlah alasan yang perlu dijadikan
penghalang untuk menuju ke pintu kejayaan . Apa yang perlu diingatkan ialah matlamat Bisness yang anda
ingin capai dan Fokus pada matlamat tersebut . Sekiranya anda Fokus dan berada
di landasan yang betul , anda akan sampai
jua ke matlamat Bisness yang anda impikan . Anda pasti Berjaya .
Subscribe to:
Posts (Atom)