Sunday 20 May 2012

PETUA IMAM SYAFIE



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)

Wednesday 16 May 2012

‘ Strive For A Perfect Vision"




‘ Strive For A Perfect Vision"

Fokus adalah  satu perkara terpenting dalam usaha kearah Kejayaan yang diidamkan .
   Fokus ialah satu pusat atau titik tumpuan dalam menentukan Kejelasan Sesebuah Idea serta lebih menekankan  ketetapan berbanding kelajuan . Secara langsung ,focus akan menumpukan seluruh perhatian pada sesuatu  serta mengabaikan yang lain  . Yang pasti ia adalah  kunci utama untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pembelajaran menuju matlamat Bisness .

*      LANGKAH – LANGKAH UNTUK  KEKAL FOKUS !!!

1.      Menetapkan Matlamat dan mencatatkan Kemajuan serta Perkembangan Anda .

·         Matlamat merupakan satu Kompas yang menunjukkan jalan dalam kehidupan anda. Matlamat juga menunjukkan anda seorang yang focus dan tidak berputus asa. Kejayaan  dalam Bisness  memerlukan matlamat , kerana tanpa matlamat tidak akan ada usaha. Tanpa matlamat tidak akan wujud cabaran .
·         Anda harus mencatatkan setiap matlamat Bisness yang  ingin di capai  dalam tempoh tertentu dan focus pada matlamat- matlamat tersebut .
·         Matlamat- matlamat Bisness yang ditetapkan haruslah jelas dan sempurna , mempunyai tempoh masa yang jelas mencabar dan boleh dicapai .
·         Di sepanjang  perjalanan untuk mencapai Matlamat Bisness tersebut , setiap langkah Positif yang diambil haruslah dicatatkan  tidak kira betapa kecil pun langkah tersebut. Iaitu sebagai peringatan bahawa diri anda sedang Maju .
·         Matlamat yang telah ditetapkan haruslah diperiksa , dirancang dan dilaksanakan . matlamat yang telah di rancang tanpa tindakan adalah sia-sia sahaja .

2.      Merancang Untuk Bertindak  .
·         Untuk mencapai matlamat dan Fokus pada objektif Bisness yang telah ditetapkan Anda harus merangka satu pelan tindakan .Catatkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai apa yang diinginkan .
·         Sepanjang perjalanan kearah mencapai matlamat Bisness anda  , Strategi dan Langkah yang dirancang sebelumnya mungkin akan berubah .Oleh itu tetapkan matlamat dan fleksibel dengan strategi  anda .
·         Apabila anda menghadapi masalah dan halangan , jangan putus asa . Teruskan dan kekal Fokus  .Kuasanya memang mengagumkan .



3.      Menentukan Keutamaan bagi Perkara / Tugasan yang perlu Dilakukan .
·         Lakarkan jadual waktu anda dan ketahui perkara –perkara yang perlu diselesaikan mengikut keutamaan dalam Bisness anda .Dengan  mengutamakan tugasan yang perlu diselesaikan dengan segera ,ia membolehkan kerja anda diselesaikan tepat pada masanya , manakala tugasan penting membolehkan anda memaksimunkan manfaat yang diterima  .
·         Seseorang yang member Fokus pada sesuatu yang utama bermaksud dia mencari situasi terbaik bagi  menghasilkan  produktiviti  secara optimum .
·         Sesetengan perkara dalam Bisness adalah lebih penting manakala pula perlu diselesaikan dengan kadar segera  berbanding perkara lain .

4.      Hapuskan Segala Gangguan Luar dan Dalam .
·         Gangguan yang boleh menyebabkan anda hilang  tumpuan dalam Bisness adalah  terdiri dari factor-faktor  dalaman dan  luaran diri anda sendiri .
·         Sekiranya anda ingin memberi  tumpuan untuk mencapai matlamat dan impian Bisness anda  , anda perlu  menghapuskan kesemua gangguan yang akan melambatkan proses dan perjalanan anda .

5.      Mengekalkan Badan dalam Keadaan yang Baik .
·         Keadaan badan anda berkait rapat  dengan keupayaan Fokus anda . Anda memerlukan nutrient , masa rehat dan masa tidur yang mencukupi untuk membolehkan anda Fokus pada sesuatu Bisness yang  sedang anda lakukan .
·         Anda harus memberi ruang masa kepada diri untuk berehat serta menyegarkan  minda . Pelbagai aktiviti  boleh dijalankan untuk merehatkan badan  dan minda. Alam Samula jadi  dapat menenangkan fikiran dan menyegarkan minda anda .
·         Sekiranya  anda tidak cukup rehat akan Nampak letih dan tidak bersemangat , seterusnya mempengaruhi prestasi Bisness  anda .Pastikan juga anda mengambil kuantiti air Bio Aura yang mencukupi setiap hari .

6.Mengubah Minda dan Menjadikan Bisness anda menyeronokkan .
·         Adalah sukar untuk memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang anda tidak minat .Namun anda harus sedar bahawa anda boleh mengawal dan mengubah persepsi Bisness anda .
·         Anda harus Fokus pada potensi diri ,percaya kepada kebolehan diri dan keputusan yang telah dibuat , bukannya Fokus pada had dan batasan .

·         Sebagai seorang Bisnessman yang Berjaya , anda haruslah sentiasa berfikiran  positif dan yakin pada diri anda .Apabila menghadapi halangan dan dugaan jangan berputus asa dan teruskan sahaja dengan apa yang telah dirancang sebelum ini .
·         Dalam setiap situasi yang berlaku , fikirkan perkara-perkara yang positif kerana dengan ini anda dapat  melihat ruang dan kemungkinan  untuk memperbaiki  dan menyelamatkan  situasi tersebut  tetap ada .Bukannya bimbang dengan bencana yang  tidak mungkin  berlaku .

7.Bergaul Dengan mereka yang Mempunyai Matlamat yang Sama .
·         Kawan , Pasangan dan Ahli Keluarga anda mungkin tidak mempunyai  matlamat yang sama dengan anda dalam Bisness .Sekiranya  anda bergaul dengan mereka yang  mempunyai matlamat ,anda pasti akan cuba bekerjasama ,berusaha serta  saling mendorong untuk mencapai matlamat Bisness anda .
·         Gerak Kerja Bisness secara berkumpulan ( Networking ) membolehkan anda berkongsi  maklumat , pendapat dan cadangan  bersama rakan sekumpulan anda .Ini seterusnya dapat mengurangkan masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat  dalam Bisness  serta meningkatkan  keupayaan serta prestasi  team anda .


Kesimpulan !!!!

Ø  Dalam berbisness ini terdapat banyak masalah dan halangan  yang  perlu anda atasi .Namun  anda tidak  sepatutnya melihat  masalah dan halangan tersebut  sebagai satu pengalaman yang negative . Ada kalanya  masalah dan halangan yang dianggap  negative itu merupakan pengalaman yang paling berguna dan mampu  dijadikan iktibar dalam  kita berbisness .

Ø  Tiada Kejayaan yang tidak boleh dicapai  jika anda benar-benar mahukannya. Bagaimanakah caranya  bukanlah alasan yang perlu dijadikan penghalang untuk menuju ke pintu kejayaan . Apa yang perlu  diingatkan ialah matlamat Bisness yang anda ingin capai dan Fokus pada matlamat tersebut . Sekiranya anda Fokus dan berada di landasan yang betul , anda akan sampai  jua ke matlamat Bisness yang anda impikan . Anda pasti Berjaya .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ORDER SEKARANG .ANDA AKAN DIHUBUNGI

Name:
Email Address:
Phone Number
Product / Comment

Put a website form like this on your site.